Sektor pembinaan perlu terima teknologi, tangani permintaan moden - Nanta

Iklan
Nanta

KUALA LUMPUR - Sektor pembinaan Malaysia perlu menerima gangguan teknologi termasuk menerima pakai mekanisme dan proses baharu dalam menyahut permintaan moden, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Memandangkan dunia menghadapi cabaran dengan dinamik teknologi, sektor pembinaan juga perlu terlibat dan negara mesti bersedia untuknya.

Iklan
Iklan

"Saya gembira apabila mendapat tahu bahawa industri pembinaan Malaysia sangat menyukai sains dan teknologi bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga perisian seperti kecerdasan buatan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pameran Teknologi Pembinaan dan Infrastruktur Antarabangsa Malaysia Edisi Kesembilan (MBAM OneBuild) di sini hari ini.

Nanta mengakui wujud kekurangan tenaga kerja asing dalam industri itu sehingga terdapat masalah yang masih berlarutan.

Iklan

Bagaimanapun, keadaan bertambah baik sejak beberapa bulan kebelakangan ini terutamanya dari segi tempoh masa mendapatkan pekerja asing di negara ini.

"Dengan sistem baharu yang telah dilaksanakan, kita sedang mengatasi masalah itu bersama-sama dengan Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Dalam Negeri,” katanya.

Iklan

Mengulas mengenai Belanjawan 2024 yang akan dibentangkan esok di Parlimen, Nanta berkata, kementeriannya telah mengemukakan permintaan serta cadangan bagi memastikan peranan sektor pembinaan akan dipertingkatkan dalam memajukan pertumbuhan dan pembangunan ekonomi negara.

"Kami berharap kebanyakan permintaan kami (yang dibuat kepada Kementerian Kewangan) akan dijawab secara positif esok.

"Kami telah menerima beberapa petunjuk bahawa belanjawan akan memuaskan dari segi meremajakan industri kerana ia memainkan peranan kritikal dan penting dalam ekonomi serta pembinaan negara,” kata menteri itu.

Sementara itu, Presiden Persatuan Kontraktor Binaan Malaysia (MBAM) Oliver HC Wee berkata, MBAM OneBuild dianjurkan kali terakhir pada 2019 yang menampilkan 220 gerai pameran, dengan delegasi dari 15 negara termasuk Malaysia, Korea Selatan, China, Jerman dan Amerika Syarikat.

Bertemakan 'Membentuk Masa Depan Pembinaan', pameran tiga hari bermula semalam itu juga akan menampilkan ceramah serta seminar yang mengetengahkan landskap semasa dan masa depan pembinaan digital di Malaysia serta usaha untuk membentuk masa depan perindustrian dan kelestarian dalam sektor pembinaan. - Bernama