MEXICO CITY - Enam penumpang cedera selepas dua kapal persiaran berlanggar di pelabuhan Cozumel di laut Carribean, Mexico semalam.
Menurut kenyatan Carnival Corp, pengendali pelayaran terbesar di dunia itu, penumpang terkejut akibat hentakan kuat selain berlaku kerosakan kapal seluas 290 meter itu.
Iklan
Iklan
Katanya, ketika kejadian kapal Carnival Glory cuba untuk berlabuh sebelum melanggar sebuah lagi kapal (Legend Carnival) dengan keadaan laut yang bergelora.
"Kami sedang menilai kerosakan yang berlaku namun tidak ada masalah yang memberi kesan dan tidak menjejaskan jadual perjalanan kedua-dua kapal berkenaan," kata kenyataan itu.
Sementara itu, pihak berkuasa di Cozumel mengesahkan kejadian tersebut yang berlaku sekitar jam 8.30 pagi waktu tempatan dan siasatan sedang dilakukan berhubung insiden itu. - Agensi.