Sebuah bot penambang menyediakan perkhidmatan membawa muatan penumpang pejalan kaki, berbasikal dan motosikal menyusuri Sungai Sepang yang menghubungkan antara Bukit Pelandok, Port Dickson di Negeri Sembilan dan Sungai Pelek, Sepang di Negeri Selangor ketika tinjauan baru-baru ini.
Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, kerja-kerja pembinaan jalan dan jambatan di Sungai Sepang bagi menghubungkan Bukit Pelandok, Port Dickson dan Sungai Pelek, Sepang, Selangor dijangka dimulakan tahun hadapan selepas selesai isu pengambilan tanah.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Infrastruktur, Utiliti dan Kemudahan Awam negeri berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Yew Boon Lye (PH-Chuah) yang ingin tahu status pembangunan projek itu dan jangkaan pembinaan dimulakan pada Persidangan Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan ke-15.