Nelayan asing rompak hasil perikanan negara ditahan

Iklan
Nelayan asing warga Vietnam ditahan Maritim Malaysia kerana disyaki menceroboh dan merompak hasil laut di perairan Mersing.

MERSING - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan 37 nelayan warga Vietnam bersama tiga bot di perairan negara ini pada Rabu.

Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Suhaizan Saadin berkata, bot nelayan asing itu ditahan semasa bot ronda Maritim Malaysia melakukan rondaan penguatkuasaan Op Jaksa dan Op Tiris pada kira-kira 151 batu nautika timur laur Pulau Aur, sekitar jam 7.30 petang.

Iklan
Iklan

Katanya, ketiga- ketiga bot nelayan asing itu ditahan ketika sedang leka melakukan aktiviti menangkap hasil laut.

Hasil pemeriksaan mendapati ketiga- tiga bot berkenaan dikendalikan 37 kru termasuk tekong warga Vietnam berusia antara 18 hingga 66 tahun tanpa dokumen pengenalan diri yang sah.

Iklan
Hasil laut yang dicuri nelayan asing warga Vietnam di perairan Mersing.

"Pemeriksaan lanjut mendapati, kesemua bot tidak mempunyai sebarang dokumen bertulis kebenaran melakukan aktiviti perikanan di perairan perikananan Malaysia," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Menurut Suhaizan, pihaknya turut merampas peralatan menangkap ikan, hasil tangkapan kira-kira 13,000 kilogram serta 4,000 liter bekalan diesel dengan nilai keseluruhan termasuk bot bernilai RM2.5 juta.

Iklan

"Ketiga-tiga bot dan nelayan terbabit dibawa ke jeti Maritim Pos Teluk Gading untuk siasatan lanjut.

"Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63," ujarnya.