Tun M selar negara Barat, AS tawar senjata kepada rejim Zionis

Iklan
Tun Mahathir

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyelar tindakan negara barat dan Amerika Syarikat (AS) yang membisu apabila Israel melakukan jenayah perang malah menjadi pembekal senjata kepada rejim Zionis berkenaan.

Beliau berkata, Israel merupakan sebuah negara pengganas yang telah berdekad lama melakukan keganasan ke atas orang Palestin tanpa rasa bersalah dan kekesalan.

Iklan
Iklan

"Mereka (rejim Zionis) membunuh kanak-kanak dan bayi Palestin kerana kononnya akan membesar menjadi pengganas.

"Dengan alasan tersebut, mereka terus melakukan pembunuhan ke atas bayi dan kanak-kanak Palestin,” katanya menerusi satu rakaman yang dimuat naik di laman sosial Facebook pada Khamis.

Iklan

Sinar Harian pada Sabtu melaporkan, kerajaan Israel dijangka akan menggunakan taktik menyerang balas dengan niat untuk ‘mematikan’ Pejuang Hamas dan Briged Al-Qassam, atau ‘memusnahkan’ kelengkapan pihak lawan mereka.

Media antarabangsa melaporkan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu telah mengarahkan Pasukan Pertahanan Israel (IDF) untuk membanjiri kawasan Selatan, yang terdahulu sempadannya berjaya dilepasi tentera dari Palestin.

Iklan

Tambah Dr Mahathir, hampir setiap hari, tentera Israel membunuh orang Palestin dengan alasan mereka adalah pengganas.

"Saya ingin mengingatkan, selama lebih 70 tahun Israel telah dengan kejam dan bongkak mendera orang Palestin tanpa henti.

"Siapa yang tentukan orang Palestin yang dibunuh adalah pengganas? Jika mereka itu disyaki pengganas, mengapa tidak tangkap dan dihadapkan ke mahkamah?” soalnya.

Jelas beliau lagi, Israel juga melabel Hamas sebagai pengganas, namun tindakan pejuang berkenaan merupakan langkah orang yang sudah tenggelam punca dan hilang harapan daripada mendapatkan keadilan daripada negara besar.