Hexagon lancar HxGN Mould and Die tingkat kecekapan industri pembuatan

Iklan
Teknologi HxGN Mould and Die Suites bantu meningkatkan kecekapan industri.

BAHAGIAN Kepintaran Hexagon melancarkan teknologi HxGN Mould and Die Suite iaitu alat khusus membentuk acuan khas bagi meningkatkan kecekapan industri pembuatan automotif termasuk aeroangkasa menggunakan reka bentuk bantuan komputer (CAD) serta pembuatan bantuan komputer (CAM).

Pengurus Besar Perisian Pengeluarannya, Chuck Mathews berkata, teknologi tersebut berupaya membentuk acuan suntikan plastik, penyediaan pembuatan dan pengaturcaraan alat mesin kod berangka komputer (CNC).

Iklan
Iklan

Menurutnya, pengeluar akan lebih memahami pelaksanaan dan kod proses membuat acuan menerusi maklumat yang diperoleh daripada suite tersebut.

"Kami menggunakan semua yang kami ketahui tentang pembuatan HxGN Mould and Die, termasuk teknologi Hexagon untuk membina suite khusus bagi memperkasakan acuan mahupun cetakan dalam pelbagai saiz agar mendapatkan hasil terbaik lebih cepat.

Iklan

"Kelebihan daya saing mereka akan dipertingkatkan oleh Nexus iaitu perisian yang dihubungkan menerusi desktop bagi menyediakan peluang automasi dan kerjasama selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Suit tersebut menyokong pembinaan, penyuntingan dan pembaikan geometri 3D yang kompleks.

Sementara itu, menurut Ketua Pegawai Produk dan teknologinya, Parth Joshi berkata, teknologi tersebut turut menyediakan keupayaan pengaturcaraan CAM kompresif bagi menyokong pembinaan, penyuntingan dan pembaikan geometri 3D kompleks.

Iklan

Ujarnya, keupayaan tersebut turut membantu mencipta model pepejal dengan cekap daripada data yang di imbas apabila fail CAD tidak tersedia

Jelasnya, keupayaan tersebut bagi memastikan pekerja bukan jurutera atau kurang berpengalaman mencapai hasil optimum.

"Penciptaan ciri acuan suntikan rumit atau mesin yang sukar dikendalikan akan dipermudahkan lagi dengan reka bentuk automatik dan simulasi elektrod mesin nyahcas elektrik (EDM).

"Ini merupakan kemajuan yang baik sekali gus membantu menyatukan ekosistem teknologi dan industri pembuatan lebih mampan,” katanya.