BeDaie sediakan perkhidmatan ‘satu daie satu rumah’

Iklan
Sesi pembacaan al-Quran di kediaman masing-masing. - Gambar kecil: Muhammad Amar Mirza

SHAH ALAM - Madrasah pengajian Islam digital pertama di Malaysia, BeDaie menyediakan perkhidmatan ‘satu daie satu rumah’ untuk mengajar orang ramai membaca al-Quran secara bersemuka bersama tenaga pengajar di kediaman masing-masing.

Pengasasnya, Muhammad Amar Mirza Abd Kadir Jailani berkata, pihaknya berhasrat agar tiada rumah yang terlepas pandang daripada pembelajaran agama selain memberi jaminan program tersebut boleh membawa perubahan positif berlaku kepada ahli keluarga.

Iklan
Iklan

"Kanak-kanak, ibu bapa atau warga emas boleh belajar Iqra’ dengan ustaz atau ustazah yang dipilih, jadi pembelajaran itu lebih selesa dan fokus dengan apa yang diajar. Sekurang-kurangnya satu jam diperuntukkan untuk mengajar mereka pada setiap minggu.

"Dalam masa tiga bulan, mereka boleh khatamkan Iqra’, seterusnya akan sambung ke pembelajaran seperti al-Quran, mendalami bacaan dalam solat, ambil wuduk dan sebagainya,” kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Iklan

Menurutnya, tenaga pengajar yang dipilih akan memberikan pembelajaran fizikal atau dijalankan dalam talian melalui platform Zoom dan Google Meet.

BeDaie menyediakan perkhidmatan ‘satu daie satu rumah’ untuk mengajar orang ramai membaca al-Quran secara bersemuka bersama tenaga pengajar di kediaman masing-masing.

Ujar Muhammad Amar, harga pakej fizikal yang paling rendah adalah sebanyak RM168 sebulan, manakala bagi yang tidak mampu, mereka boleh ikuti kelas secara dalam talian hanya RM50 sebulan.

Iklan

"Namun, jika golongan ini inginkan kelas secara bersemuka, kami sediakan tawaran bayaran kos pendek di mana mereka perlu membayar RM250 setahun. Walaupun berbeza pakej, sesi pembelajaran masih sama bagi membantu mereka yang inginkan perubahan,” ulasnya.

Jelas beliau lagi, orang ramai boleh menghubunginya di talian 011-19982987 untuk sebarang maklumat lanjut mengenai kelas bacaan al-Quran.

Tambahnya, mereka tidak perlu gunakan istilah malu untuk belajar membaca al-Quran walaupun telah lanjut usia. Sebagai contoh, ada pelajar berusia 50 tahun masih tidak lancar membaca ayat suci, jadi kami beri panduan kepadanya dan alhamdulillah sekarang bacaannya sudah lancar.

"Bagi golongan yang benar-benar tidak mampu, mereka boleh dapatkan pakej dengan harga berpatutan melalui budi bicara atau pembayaran dilakukan seikhlas hati,” jelasnya.