Rakyat tersepit empat isu: Daim

Iklan
Daim berkongsi pandangan ketika sesi bicara bersama moderator, Alif Satar pada Sidang Kemuncak E-Usahawan Hero Muda di Kuala Lumpur semalam. - Foto: FB KBSMalaysia

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin meminta kerajaan memberi fokus kepada empat isu utama yang sedang membelenggu rakyat ketika ini.

Menurutnya, empat perkara itu ialah ekonomi, kos sara hidup, perumahan dan pekerjaan.

Iklan
Iklan

"Sekarang ini rakyat marah. Masalah makanan mahal, rumah yang mahal serta tidak mampu untuk dimiliki.

"Jadi perkara-perkara inilah yang perlu diberikan perhatian (oleh kerajaan)," katanya pada sesi dialog bertajuk 'Keusahawanan Sebagai Aset Negara' pada Sidang Kemuncak e-Usahawan Hero Muda 2019 di Pusat Pameran Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini semalam.

Iklan

Daim berkata, dengan jangkaan ekonomi negara yang perlahan tahun depan, adalah wajar untuk kerajaan memikirkan langkah sebaiknya bagi menangani perkara itu agar rakyat tidak terus terbeban.

Ditanya mengenai pandangan beliau apa yang usahawan boleh lakukan dalam mendepani cabaran ekonomi yang tidak menentu, Daik berkata, golongan itu perlu bersedia mencari idea baharu untuk mempromosikan produk seiring dengan kehendak pasaran.

Iklan

"Dalam bidang perniagaan ini, kalau kita hendak buat (hasilkan produk atau perkhidmatan), kita kena ikut apa yang pasaran mahukan," katanya.

Sementara itu, Sidang Kemuncak e-Usahawan Hero Muda 2019 yang berlangsung semalam berjaya menghimpunkan lebih 1,000 usahawan muda.

E-Usahawan merupakan inisiatif yang dibangunkan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) bagi menyediakan akses ekosistem digital kepada perniagaan.

Program yang mula diperkenal sejak 2015 itu telah melatih seramai 328,948 usahawan mikro di seluruh negara dengan transaksi jualan melebihi RM668 juta.