Belanjawan 2024: Afdlin Shauki harap infrastruktur industri seni ditambah baik

Iklan
Afdlin Shauki berharap kerajaan dapat memberi tumpuan kepada infrastruktur bagi industri seni pada Belanjawan 2024. - Foto ROSLI TALIB/SINAR HARIAN

PENGARAH dan penerbit, Datuk Afdlin Shauki Aksan berharap kerajaan dapat memberi tumpuan kepada infrastruktur bagi industri seni menjelang pembentangan Belanjawan 2024 pada Jumaat.

Jelas Afdlin, sebelum ini pihak kerajaan telah membantu menerusi pemberian Dana Kandungan Digital (DKD) dan Insentif Penerbitan Filem di Malaysia (FIMI).

Iklan
Iklan

Bagaimanapun dakwanya banyak ketirisan dilaporkan berlaku.

"Pada pandangan saya, apa yang lebih baik adalah pembinaan infrastruktur, contohnya pembinaan set bagi penggambaran macam di Korea ada set kapal terbang. Kalau produksi tempatan nak buat penggambaran lebih mudah.

Iklan

"Bukan itu sahaja, produksi luar negara juga boleh lakukan penggambaran di situ,” ujarnya.

Afdlin berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran filem arahannya, Harimau Malaya: The Untold Journey di Petaling Jaya baru-baru ini.

Iklan

Ditebak mengenai kewujudan Pinewood sebelum ini yang tidak mendapat sambutan, Afdlin yang juga Ahli Lembaga Penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata, lokasi itu kini sudah tidak lagi wujud.

"Sewa Pinewood sebelum ini agak mahal. Mungkin boleh bina fasiliti yang sesuai dengan kadar orang tempatan.

"Pembinaan infrastruktur ini akan membuatkan nilai produksi filem tempatan nampak lebih gah,” jelasnya.