Reformasi subsidi beri kesan besar pada rakyat
Iklan
PUTRAJAYA - Kerajaan dijangka berdepan dengan cabaran pelaksanaan reformasi dan rasionalisasi subsidi kerana ia memberi kesan yang besar kepada rakyat.
Penganalisis ekonomi, Professor Emeritus Dr Barjoyai Bardai berkata, kerajaan perlu lebih cermat dalam melaksanakan pelan rasionalisasi subsidi meskipun ia telah bermula secara berperingkat.