Percepat PLSB Sungai Golok selamatkan banyak nyawa, harta

Iklan
Mohd Nassuruddin (tengah) memakaikan jaket keselamatan kepada wakil peserta Latihah Kesiapsiagaan 200 Sukarelawan Menghadapi Bencana 2023.

PASIR MAS - Kerajaan Kelantan mahu Persekutuan meneruskan Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok di negeri ini dengan lebih cepat.

Pembinaan infrastruktur perlindungan banjir yang lebih pantas itu akan dapat menyelamatkan banyak nyawa dan harta benda rakyat di lokasi kerap dilanda bencana tersebut saban tahun.

Iklan
Iklan

Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, jika dibandingkan dengan negara jiran Thailand, terlebih dahulu sudah sudah lama membina benteng bagi menghalang banjir di negara mereka.

Katanya, bagaimanapun projek pembinaan benteng di sempadan sebelah Kelantan sudah dimulakan dan masih dalam proses pembinaan.

Iklan

"Benteng di sebelah negara kita yang sedang dibuat ini sebenarnya lebih tinggi daripada Thailand tetapi masalahnya lambat lagi nak siap. Jadi, selagi tak siap, selagi itulah masalah banjir berlaku,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penutupan Latihah Kesiapsiagaan 200 Sukarelawan Menghadapi Bencana 2023 di Meranti di sini, pada Khamis.

Menurut beliau, mengikut kajian apabila Projek PLSB terbabit siap secara keseluruhan pada masa depan akan dapat mengatasi masalah banjir di negeri ini.

Peserta menerima sijil penyertaan yang disampaikan oleh Mohd Nassuruddin (dua dari kanan).

Iklan

Kata Mohd Nassuruddin, turut meyakini pihak Persekutuan sememangnya prihatin tentang perkara berkaitan menjaga keadaan di sempadan negara di Sungai Golok.

"Sebenarnya keadaan kedudukan Kelantan lebih tinggi berbanding dengan negara jiran Thailand namun Kelantan menjadi mangsa kerana sempadan tidak dijaga dengan baik sebelum ini.

"Sepatunya apabila Thailand buat, Malaysia pun kena buat benteng bersama-sama serentak dengan perjanjian dan penyelarasan, tetapi perkara itu tidak berlaku,” ujar beliau.

Pada Ogos lalu, akhbar melaporkan pelantikan kontraktor untuk projek PLSB Sungai Golok Fasa 2 dan 3 dijangka dapat dibuat pada November ini.

Secara keseluruhannya, pelaksanaan Projek PLSB Sungai Golok Fasa 1, 2 dan 3 membabitkan peruntukan berjumlah lebih RM2 bilion dan dijangka melindungi 31,000 penduduk dan kawasan seluas 66,000 hektar daripada banjir.