'Lantai dipenuhi darah' - Doktor di hospital Gaza

Iklan
Sebuah keluarga Palestin yang cedera, menunggu untuk menerima rawatan di hospital. Foto AFP

GAZA - Seorang doktor di Hospital Al-Shifa, di sini, berkongsi situasi yang semakin genting di Gaza dengan memberitahu tiada katil untuk pesakit yang cedera dan keluarga pesakit yang terluka hanya mampu terbaring di lantai di hospital.

Bercakap kepada BBC News, Dr. Mohamad Matar berkata, masalah terburuk yang mereka hadapi sekarang adalah kekurangan bekalan-bekalan yang semakin habis dalam semua keperluan.

Iklan
Iklan

Dr. Matar menjelaskan, sepanjang sembilan tahun berkhidmat sebagai doktor di Gaza, beliau"menyaksikan berlaku banyak peningkatan (berhubung) perang antara Israel dan Palestin" tetapi mengatakan (perang) kali ini"sangat... sangat berbeza".

Seorang wanita Palestin menenangkan anak-anaknya ketika mereka menunggu di hospital untuk diperiksa. Foto AFP
Iklan

"Rakan-rakan saya di bilik operasi terpaksa memilih di antara pesakit-siapa yang lebih mungkin untuk bertahan hidup?"

Iklan

Beliau menambah:"Kebanyakan mangsa yang saya terima adalah orang awam. Banyak kanak-kanak, wanita. Tiada sesiapa yang memahami apa yang sedang berlaku di sini." - Agensi/Awani

Seorang rakyat Palestin memandu di celah-celah runtuhan bangunan yang musnah. Foto AFP