Bekalan air di tiga wilayah pulih sepenuhnya pagi Jumaat

Iklan
Tangkap layar Facebook Air Selangor pada Jumaat serta bekalan air terjejas susulan penyenggaraan dan penggantian aset di LRA Sungai Langat pulih sepenuhnya pada jam 6 pagi Jumaat. - Gambar hiasan 123RF

SHAH ALAM - Bekalan air di semua kawasan terjejas susulan penyenggaraan dan penggantian aset di loji rawatan air (LRA) Sungai Langat, pulih sepenuhnya pada jam 6 pagi Jumaat.

Iklan
Iklan

Perkembangan tersebut dikongsi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) pada Jumaat susulan kerja penyenggaraan dan penggantian aset di LRA Sungai Langat siap dilaksanakan pada malam 10 Oktober lalu.

"Air Selangor ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengguna di atas kesabaran dan kerjasama diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook rasminya pagi Jumaat.

Iklan

Selasa lalu, Air Selangor melaksanakan kerja penambahbaikan, penyenggaraan dan penggantian aset di LRA Sungai Langat yang menyebabkan gangguan bekalan air berjadual di Petaling, Kuala Lumpur dan Hulu Langat.

Kerja yang dilaksanakan tertumpu kepada penggantian alatan usang antaranya penukaran injap pintu air berusia 50 tahun.

Iklan