CHINA - Aksi seorang buruh binaan warga China yang berlari-lari melompat ketika pulang bekerja menarik perhatian serta pelbagai reaksi daripada warga maya.
Facebook SCMP yang memaparkan video seorang lelaki yang berusia 56 tahun yang pulang dengan penuh ceria seolah-olah dirinya tidak mempunyai sebarang masalah kini tular di media sosial.
Memetik kenyataan daripada video berkenaan, dia merupakan seorang yang ceria dan aksinya itu menunjukkan keterujaannya untuk menikmati makan malam iaitu satu kegembiraan yang harus diraikan.
Rakaman itu membuatkan warganet terharu dengan kelakuannya dan netizen di seluruh dunia turut gembira melihat sikap buruh tersebut.
Perkongsian video itu kini meraih melebihi 3 juta tontonan dengan respons positif daripada netizen yang memuji lelaki itu pandai menghargai hidupnya.
"Selalunya perwatakan itu selalunya dilakukan oleh kanak-kanak namun tidak sangka seorang lelaki yang menghampiri usia warga emas berkelakuan begitu. Bagi saya dia pandai menghargai hidupnya. Nampak seolah-olah dia tidak mempunyai masalah,” tulis Josh Sam di Facebook.
Lahm Asberg pula memberitahu,"Aku yang di usia muda ini pun buat rasa pelik tapi bagi dia aku tengok 'perfect' walaupun dia bukan kanak-kanak. Sememangnya hidupnya sentiasa 'happy' dan bersikap positif. Semoga hidupnya sentiasa dipermudahkan.