Masjid, surau di Johor adakan solat hajat buat rakyat Palestin

Iklan
MOHD FARED

JOHOR BAHRU - Semua masjid dan surau di negeri ini diarah mengadakan solat hajat dan membaca Qunut Nazilah untuk keselamatan serta perlindungan buat umat Islam di Palestin.

Exco Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata Kerajaan Johor mengutuk sekeras-kerasnya serangan regim Zionis terhadap rakyat dan tanah Palestin.

Iklan
Iklan

"Kerajaan Johor melalui Jabatan Agama Islam Negeri Johor telah mengarahkan masjid dan surau di seluruh Johor agar mengadakan solat hajat dan membaca Qunut Nazilah sebagai usaha kita memohon kehadrat ALLAH SWT agar memberi kemenangan kepada perjuangan rakyat Palestin yang ditindas,"katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Mohd Fared yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Semerah berkata, penindasan atas bumi rakyat Palestin oleh rejim Zionis merupakan pembantaian dan pembunuhan umat Islam.

Iklan

"Secara terang-terangan ia menuntut penyatuan suara dan doa Bangsa Johor dan seluruh negara.

"Ini bukan isu agama.. ini bukan isu kepercayaan, ini isu kemanusiaan," katanya.

Iklan

Pada Jumaat, media melaporkan satu-satunya loji jana kuasa elektrik di Semenanjug Gaza kehabisan bahan api ketika rantau tersebut terus diserang dan dikepung secara menyeluruh oleh tentera Israel.

Israel menyekat bekalan bahan api, makanan dan ubat yang sepatutnya memasuki wilayah tersebut selepas melancarkan serangan ke atas Gaza sejak Sabtu lalu.

Gaza yang memiliki 2.3 juta penduduk bergelap semalaman selepas loji jana kuasa di wilayah itu kehabisan bahan api.