Lori sampah disita, upah pemandu warga asing tanpa lesen

Iklan
Pemandu dan kelindan lori sampah telah diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut serta lori sampah milik sebuah syarikat pembersihan telah disita

SEREMBAN - Tindakan sebuah syarikat pembersihan menggajikan warga asing tanpa lesen memandu (CDL) dan lesen vokasional (GDL) sebagai pemandu lori sampah mengundang padah apabila dikesan pihak berkuasa.

Lori sampah dipandu warga asing berkenaan disita ketika pemeriksaan di Kawasan Perindustrian Nilai, Nilai kira-kira jam 7 pagi pada Jumaat.

Iklan
Iklan

Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf berkata, pemeriksaan turut mendapati, cukai jalan lori terbabit telah tamat tempoh dan tiada perlindungan insurans.

"Sehubungan itu JPJ telah menyita lori sampah berkenaan manakala pemiliknya dikenakan tindakan saman.

Iklan

"Penyitaan ini dibuat mengikut peruntukan Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana melakukan kesalahan tiada lesen memandu GDL, lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh dan tiada insurans," katanya pada Jumaat.

Hanif berkata, pemandu warga Indonesia itu dan pemilik kenderaan disaman atas kesalahan berkenaan menurut Seksyen 26(1), 57, 23(1) dan 90(1) APJ 1987.

Iklan

Ujarnya, pemandu lori itu dan seorang kelindan telah diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia untuk semakan dan tindakan lanjut kerana gagal mengemukakan sebarang pengenalan diri.

"Pada masa sama, pengusaha syarikat pengangkutan diingatkan supaya menggunakan pemandu yang mempunyai lesen memandu yang sah sebagai pemandu kenderaan mereka supaya tidak membahayakan pengguna jalan raya lain.

"Selain itu, mereka juga perlu memastikan kenderaan yang digunakan di atas jalan raya mempunyai LKM dan insurans yang berkuatkuasa agar tidak dikenakan tindakan penguatkuasaan," katanya