BUMI Gaza yang dihujani bom sejak Sabtu lalu turut mengundang kerisauan di hati penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin.
Mana tidaknya, penyanyi lagu ‘Cindai’ itu mempunyai sekolah untuk pendidikan anak-anak Palestin yang dibangunkan menerusi Yayasan Nurjiwa.
Iklan
Iklan
Siti, 44, bimbang dan sentiasa memantau situasi perang terkini yang mungkin mengancam nyawa 50 orang anak-anak angkatnya di sekolah Afwa Al Afiyah.
Ibu kepada dua cahaya mata, Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa itu menyedari murid-murid sekolah di Gaza itu sedang berhadapan situasi getir yang bila-bila masa saja akan meragut nyawa.
"Situasi terkini di sana sangat runcing. Masjid dan bangunan musnah, hilang nyawa dan harta benda. Namun sebagai saudara Islam, kita usahakan apa yang termampu dan teruslah mendoakan keselamatan mereka.
"Saya mengenangkan bagaimana keadaan anak-anak angkat saya di sana.
"Semoga semuanya di dalam peliharaan ALLAH,” luah penyanyi itu menerusi laman Instagram. - Sinarplus