PM ke Dewan Rakyat untuk bentang Belanjawan 2024

Iklan
Anwar diiringi isteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail bertolak dari bangunan Perbendaharaan menuju ke Dewan Rakyat bagi membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia Madani.

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertolak dari bangunan Perbendaharaan menuju ke Dewan Rakyat bagi membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia Madani.

Beliau yang juga Menteri Kewangan memakai baju Melayu berwarna unggu lembut dan membimbit beg hitam bermotif Arabesque hasil tangan pengusaha batik tempatan dari Kelantan, Khairul Aznan yang berisi teks ucapan.

Iklan
Iklan

Sebelum bertolak, majlis bacaan doa diadakan di lobi Perbendaharaan disempurnakan oleh Pegawai Hal Ehwal Islam Unit Integriti MOF, Mohamad Zukrillah Ismail.

Turut hadir Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican.

Iklan

Anwar yang diiringi isteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan-Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan dan Steven Sim Chee Keong masing-masing meninggalkan MOF jam 3.13 petang.

Iklan