PASIR GUDANG - Penduduk di daerah ini tidak perlu bimbang dengan langkah sebuah kilang di sini yang menyalakan suar ketika ini.
Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor, Dr Mohd Famey Yusoff berkata, ini kerana penyalaan suar tersebut tidak mengakibatkan pencemaran udara mahupun membahayakan penduduk sekitar.
"Penyalaan suar itu dapat dikawal. Bacaan kualiti udara yang dicatat di kawasan berkenaan juga tidak menunjukkan sebarang abnormal.
"Jadi penduduk setempat atau berdekatan kilang tersebut tidak perlu bimbang," katanya ketika dihubungi hari ini.
Terdahulu, penyalaan suar yang mengakibatkan kepulan asal dari corong kilang berkenaan menimbulkan kebimbangan penduduk di sini.
Susulan itu Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) membuat hebahan berkaitan penyalaan suar di kilang itu mulai 9 hingga 17 Oktober ini.
Jelas pihak berkuasa tempatan (PBT) itu lagi, langkah tersebut perlu dilakukan bagi mengelakkan kejadian memudaratkan berlaku.
"Penyalaan suar dapat dikawal pada 12 Oktober lalu secara sementara. Kerja-kerja pembaikan masih dijalankan dan dijangka siap pada 17 Oktober depan," menurut MBPG menerusi satu notis pemberitahuan dalam Facebook rasmi PBT itu.
Sementara itu, Pengarah Kelestarian Kampus Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Ir Dr Mohd Fadhil Md Din berkata, langkah berkenaan berkemungkinan kerana dalam proses penyelenggaraan dan penentuan untuk mengelakkan berlakunya bahan cemar.
"Kesan kepada jangka pendek ialah pengeluaran gas rumah hijau yang ketara tetapi tidak signifikan kepada penyebab masalah perubahan cuaca. Namun ia akan memberi kesan kepada rumah hijau bagi jangka panjang," katanya.