SHAH ALAM - Langkah terbaharu kerajaan melaksanakan tinjauan pendapat umum mengenai inisiatif Generasi Penamat Rokok (GEG) melalui aplikasi MySejahtera akan melambatkan pembentangan bacaan kali kedua Rang Undang-undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 di Dewan Rakyat.
Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr Azizan Abdul Aziz berkata, kebanyakan rakyat Malaysia kini tidak lagi menggunakan atau memadam aplikasi berkenaan secara tidak langsung proses untuk melaksanakan RUU itu akan tertangguh dan memakan masa lagi.
Iklan
Iklan
"Mengapakah perlunya tinjauan ini diadakan pada saat-saat terakhir sedangkan kerajaan mempunyai masa berbulan-bulan untuk melakukannya.
Media pada Rabu melaporkan, Dr Zaliha memaklumkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melancarkan satu tinjauan terbuka menerusi aplikasi MySejahtera bagi mengumpulkan maklum balas dan pandangan daripada rakyat Malaysia mengenai GEG.
Dr Azizan berkata, KKM perlu menunjukkan komitmen yang tidak berbelah bagi memerangi bahaya merokok dan vape.
Ujarnya, kerajaan juga wajar mengambil tindakan tegas untuk memastikan RUU Kawalan Produk Tembakau untuk Kesihatan Awam 2023 dibentangkan pada sesi Parlimen kali ini seperti yang dijanjikan.
"Tiada kompromi, penangguhan lagi. Yang penting kesihatan kita," ujarnya.