'Kesal PBB hanya diam diri' - Mohamad Sabu

Iklan
Muhammad Akmal (tengah) dalam simbolik bantah kekejaman Israel semasa Himpunan Solidariti Bersama Gaza di Masjid Negara, Kuala Lumpur pada Jumaat. - FOTO: SINAR HARIAN/ROSLI TALIB

KUALA LUMPUR - Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu kesal dengan sikap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dilihat berdiam diri dengan isu kekejaman berlaku terhadap rakyat Palestin.

Menurutnya, PBB sepatutnya campur tangan dalam isu ini.

Iklan
Iklan

Antara peserta yang hadir dalam Himpunan Solidariti Bersama Gaza di Masjid Negara, Kuala Lumpur pada Jumaat. - FOTO: SINAR HARIAN/ROSLI TALIB


"Sekarang jalan keluar hanya satu iaitu menghancurkan Israel serta tumbangkan kuasa-kuasa besar yang memberi dan menyalurkan bantuan kepada rejim itu," katanya semasa berucap dalam Himpunan Solidariti Bersama Gaza di Masjid Negara di sini pada Jumaat.

Tambah beliau, sikap Israel anti agama tidak akan berlarutan lama dan rakyat Palestin pasti kembali ke tanah air mereka.

Iklan

Sementara itu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, sudah hampir 75 tahun tanah gaza dicabul, diserang dan dibedil dengan senjata serta bom rejim Zionis sehingga memusnahkan kediaman dan harta benda serta nyawa rakyat tidak berdosa.

Antara peserta yang hadir dalam Himpunan Solidariti Bersama Gaza di Masjid Negara, Kuala Lumpur pada Jumaat. - FOTO: SINAR HARIAN/ROSLI TALIB

Katanya, setiap tahun rakyat Malaysia berhimpun mengemukakan kecaman serta bantahan ke atas kekejaman rejim Israel namun kezaliman itu seperti tiada kesudahan.

Iklan

"Ada yang tanya saya, kita setiap tahun berhimpun bersatu hati mengutuk sekeras kekejaman itu, bagi saya, yang pasti satu-satunya solusi tetap untuk menamatkan konflik 75 tahun oleh Israel adalah dengan memberikan kemerdekaan dan kebebasan kepada rakyat dan tanah Gaza, itu sahaja perlu dilakukan," katanya.