Belanjawan 2024: PM pilih beg batik Kelantan

Iklan
Beg berwarna hitam bermotifkan corak ‘Arabesque’ menjadi pilihan Anwar (tengah) untuk membawa dokumen Belanjawan 2024 yang dibentangkan Dewan Rakyat pada Jumaat.

KUALA LUMPUR - Beg berwarna hitam bermotifkan corak ‘Arabesque’ menjadi pilihan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membawa dokumen Belanjawan 2024 yang dibentangkan Dewan Rakyat pada Jumaat.

Beg yang memuatkan dokumen itu merupakan hasil buatan tangan sepenuhnya oleh pengusaha dari Kelantan, Khairul Aznan.

Iklan
Iklan

Khairul merupakan generasi ketiga yang meneruskan legasi batik milik keluarganya di negeri 'Cik Siti Wan Kembang'.

Pada Februari lalu, Anwar menggunakan beg fail dengan corak tenunan songket Sarawak untuk membawa dokumen Belanjawan 2023.

Iklan

Terdahulu, Anwar yang memakai sepersalinan Melayu berwarna ungu tiba di Parlimen pada jam 4 petang.

Ketibaan beliau yang juga Ahli Parlimen Tambun diiringi oleh dua Timbalan Menteri Kewangan iaitu iaitu Datuk Seri Ahmad Maslan dan Steven Sim Chee Keong.

Iklan

Pembentangan belanjawan kali ini mengangkat tema ‘Reformasi Ekonomi, Memperkasa Rakyat’ dan ia pembentangan kedua oleh Anwar selepas dilantik Perdana Menteri pada November tahun lalu.