Kadoh Agundong sertai Warisan

Iklan
Peter Anthony (dua dari kanan) menerima borang keahlian Parti Warisan daripada bekas Wakil Rakyat Melalap yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Kadoh Agondong (dua dari kiri) pada Majlis Santai Krismas di Dewan Pisompuruan Kampung Ulu Tepoh Tenom hari ini. - Foto: Bernama

TENOM - Veteran politik Sabah, Datuk Kadoh Agundong hari ini mengumumkan menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan).

Beliau yang terkenal dengan gelaran 'giant killer' itu menyerahkan borang keahliannya kepada Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Datuk Peter Anthony merangkap Naib Presiden Warisan, di sini.

Iklan
Iklan

Kadoh yang merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Melalap dan bekas Ahli Parlimen Padas sebelum ini pernah menggalas jawatan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Sabah serta Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri pada era kerajaan Parti Bersatu Sabah (PBS).

"Saya melihat dalam tempoh hampir dua tahun ini Warisan melaksanakan tanggungjawab dengan baik kepada rakyat dan saya yakin kerajaan hari ini akan dapat membela nasib rakyat dalam tempoh jangka panjang,” kata bekas Naib Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah itu.

Iklan

Beliau berkata demikian dalam ucapan ringkas selepas menyerahkan borang permohonan menyertai Warisan di Majlis Santai Krismas Pusat Daerah Mengundi Pamilaan di sini.

Turut mengumumkan menyertai Warisan pada majlis itu adalah bekas Timbalan Ketua Bahagian PBS Melalap Blasius Masunig.

Iklan

Sementara itu, Peter berkata, kerajaan Sabah hari ini sangat mengalu-alukan penyertaan pemimpin berpengalaman seperti Kadoh untuk bersama-sama membangunkan Sabah. - Bernama