KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan sebanyak RM17 juta bagi melaksanakan Program Tahfiz Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Malaysia (TVET).
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, program tersebut akan membuka peluang kepada pelajar tahfiz mempelbagaikan kemahiran di samping meneruskan pengajian hafazan.
"Bagi menggalakkan rakyat meningkatkan kemahiran serta menceburi bidang baharu, pelepasan cukai sehingga RM2,000 bagi yuran kursus peningkatan kemahiran atau kemajuan diri dilanjutkan sehingga tahun taksiran 2026.
"Kerajaan juga akan memperluas skop bagi pelepasan gaya hidup meliputi yuran untuk menyertai kursus kemajuan kendiri seperti kursus bahasa, fotografi, menjahit dan sebagainya,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Dewan Rakyat, di sini pada Jumaat.
Sementara itu, Anwar turut mengumumkan peruntukan TVET pada tahun hadapan sebagai usaha merombak pendidikan kemahiran negara.
Menurutnya, setakat 5 Oktober lalu, 17 syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan 44 syarikat swasta telah terlibat dalam pemeteraian 61 memorandum persefahaman mencakup kerjasama melalui pembangunan kurikulum serta sumbangan peralatan dan kepakaran.
"Umpamanya, Petronas telah bekerjasama dengan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar, Johor bagi menyediakan 42 khidmat pelatih industri, pembangunan kurikulum dan peralatan yang memenuhi spesifikasi industri petrokimia di Pengerang.
"Ia sebagai insentif kepada industri untuk bekerjasama dengan institusi TVET awam,” jelasnya.
Dalam pada itu, Anwar berkata, pada tahun depan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) akan memanfaat dana RM1.6 bilion untuk menyediakan 1.7 juta tawaran latihan.
Ulasnya, peruntukkan semula dana khas menggunakan 15 peratus program latihan Madani merangkumi program latihan semula dan peningkatan kemahiran kepada usahawan PMKS dan golongan rentan seperti bekas banduan, orang kurang upaya(OKU), warga emas dan pesara.
"Ikhtiar melahirkan lebih banyak bakat masa hadapan yang memenuhi keperluan industri akan diperkemas dan diperluas melalui kerjasama erat agensi Kerajaan dan industri,”katanya.
Sementara itu, menurut Anwar, program Academy in Industry akan dilaksanakan untuk menyediakan kemahiran sambil bekerja dalam tempoh sehingga 18 bulan dengan peruntukan RM70 juta bagi mengekang kekurangan bakat tempatan dan ketidakpadanan kemahiran.
Ujarnya, kerajaan akan menawarkan RM30 juta sebagai galakan kepada pihak industri 43 untuk melatih tenaga kerja tempatan termasuk menawarkan kepakaran mereka sebagai tenaga pengajar dan membiayai inovasi dalam penghasilan produk baharu.
"Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) dengan Dana Latihan TVET berjumlah RM180 juta akan menyediakan pinjaman pendidikan kepada 12 ribu pelatih yang mengikuti Program Persijilan Kemahiran.
"Sebanyak RM20 juta dikhaskan untuk manfaat pelatih yang mengikuti bidang maritim, kesenian di ASWARA dan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) bagi sektor aeroangkasa,” jelasnya.