KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju untuk terus menanggung bayaran ujian memandu bagi lesen motosikal kelas B2, e-hailing dan teksi untuk manfaat lebih 40,000 belia daripada keluarga kurang mampu.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia sebahagian pendapatan yang diraih hasil penjualan nombor plat khas akan dimanfaatkan untuk meringankan beban golongan kurang berkemampuan.