RM20 juta untuk lahirkan 100,000 hufaz cilik

Iklan
Kerajaan akan melaksanakan Program Pra Tahfiz Kemas dengan peruntukan RM20 juta, bagi memperkasakan penghayatan pendidikan Islam dan ilmu al-Quran sejak awal usia. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan melaksanakan Program Pra Tahfiz Kemas dengan peruntukan RM20 juta, bagi memperkasakan penghayatan pendidikan Islam dan ilmu al-Quran sejak awal usia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, di bawah pelaksanaan program itu, kerajaan menyasarkan untuk melahirkan 100,000 hufaz cilik menjelang 2026.

Iklan
Iklan

"Pendidikan awal kanak-kanak juga akan terus diberi perhatian dan bagi tujuan itu, peruntukan sebanyak RM586 juta akan diberikan kepada KEMAS pada tahun hadapan.

"Sebanyak 10 buah tabika dan taska baharu dengan kos RM31 juta akan dibina, antaranya di Kampung Paya Berenjut, Kemaman, Terengganu; Felda Jelai 1, Tampin, Negeri Sembilan dan Taman Kota Masai, Johor Bahru, Johor,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Dewan Rakyat, di sini pada Jumaat.

Iklan

Tambah Anwar, sejumlah RM20 juta turut disediakan bagi menaik taraf premis Pendidikan Awal Kanak-kanak KEMAS.

Selain itu, 26 buah prasekolah baharu di bawah Kementerian Pendidikan akan dibina melibatkan kos RM82 juta.

Iklan

Katanya, ia termasuklah pembinaan bangunan prasekolah di Sekolah Kebangsaan Abang Kadir Gedong, Simunjan, Sarawak; Sekolah Kebangsaan Bunut Rendang, Kuantan, Pahang; dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chabau, Melaka.