Kenderaan 4x4 diktator komunis Romania dilelong

Iklan
Kenderaan 4x4 ARO 304 milik Ceausescu dijual pada lelongan oleh pihak berkuasa percukaian Romania semalam. - Foto: Agensi.

BUCHAREST - Kenderaan 4x4 milik diktator komunis Romania, Nicolae Ceausescu dijual pada lelongan oleh pihak berkuasa percukaian Romania semalam beberapa hari sebelum ulang tahun ke-30 perlucutan jawatannya.

Kenderaan berwarna kelabu biru itu adalah kereta yang sama dinaiki oleh Ceausescu dan Mikhail Gorbachev ketika lawatan pemimpin Soviet ke Romania pada tahun 1987 di mana mereka melambai-lambai kepada orang ramai sepanjang jalan di Bucharest.

Iklan
Iklan

Kenderaan itu dibuat pada tahun 1977 oleh pengeluar kereta Romania ARO dengan mencatatkan meter perjalanan sejauh 72,453 kilometer dan dijual hampir dua kali ganda harga yang ditawarkan 40,000 euro.

Bagaimanapun nama pembeli kenderaan itu tidak diumumkan kepada umum.

Iklan

Menurut media tempatan, kereta itu adalah satu daripada empat jenis kenderaan yang pernah dibuat oleh ARO untuk Ceausescu dengan ciri-ciri keselamatannya namun syarikat itu bankrap pada tahun 2000an.

Kenderaan itu sebelum ini telah dijual di lelongan pada tahun 2002 bersama-sama dengan tiga kereta yang lain tetapi ia dirampas oleh pihak berkuasa percukaian beberapa tahun kemudian selepas ahli perniagaan yang membelinya diberi hukuman penjara kerana kes penipuan. - AFP

Iklan