Belanjawan 2024: Anwar lancar sebut bahasa Tamil klasik

Iklan
Anwar Ibrahim membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia MADANI di Parlimen pada Jumaat. - Foto: Bernama

KUALA LUMPUR - Selepas menggunakan empat falsafah Cina, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mencuri tumpuan Dewan Rakyat apabila menyebut perkataan dalam bahasa Tamil klasik ketika membentangkan Belanjawan 2024.

Anwar yang juga Menteri Kewangan itu menyebut dengan lancar tujuh ungkapan daripada Thirukkural yang memberi peringatan kepada pemerintah berkuasa.

Iklan
Iklan

"Iyatralum, Eettalum, Kaatthalum, Kaattha, Vaguthalum, Vallathu, Arasu’. Ini peringatan kepada pemerintah, kalau kita ada kuasa, mesti gunakan, majukan khazanah dalam negara, himpunkan kekayaan itu untuk melindungi supaya tidak diceroboh dan memberi manfaat kepada rakyat.

"Demikian nasihat daripada Thirukkural,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 bertemakan Reformasi Ekonomi Memperkasakan Rakyat pada Jumaat.

Iklan

Belanjawan kali ini merupakan yang kedua dibentangkan beliau di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan.

Kerajaan memperuntukkan RM393.8 bilion bagi Belanjawan 2024, tertinggi pernah dibentangkan merangkumi RM303.8 bilion untuk belanja mengurus, RM90 bilion bagi pembangunan dan RM2 bilion simpanan luar jangka.

Iklan