Belanjawan 2024: PM hanya teguk air dua kali

Iklan
Anwar ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia MADANI bertemakan 'Reformasi Ekonomi, Memperkasa Rakyat' di Dewan Rakyat pada Jumaat.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempamerkan 'stamina' yang kuat apabila hanya meneguk air sebanyak dua kali ketika membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat, di sini pada Jumaat.

Ahli Parlimen Tambun itu mengambil masa kira-kira dua jam 30 minit membentangkan belanjawan setebal 114 halaman.

Iklan
Iklan

Beliau juga dilihat lancar membentangkan belanjawan itu.

Belanjawan kali ini merupakan yang kedua dibentangkan beliau di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan.

Iklan

Kerajaan memperuntukkan RM393.8 bilion bagi Belanjawan 2024, tertinggi pernah dibentangkan merangkumi RM303.8 bilion untuk belanja mengurus, RM90 bilion bagi pembangunan dan RM2 bilion simpanan luar jangka.

Terdahulu, Anwar memilih beg fail warna hitam bermotifkan corak ‘Arabesque’ untuk membawa dokumen belanjawan kali ini.

Iklan

Beg itu adalah hasil buatan tangan sepenuhnya Khairul Aznan, seorang pengusaha batik tempatan berasal dari Kelantan yang meneruskan legasi batik tiga generasi keluarganya.

Anwar, yang memakai sepersalinan baju Melayu bewarna ungu tiba pada jam 4 petang diiringi oleh dua Timbalan Menteri Kewangan iaitu iaitu Datuk Seri Ahmad Maslan dan Steven Sim Chee Keong.