Harga ayam, telur diapungkan lebih rendah

Iklan
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Kerajaan akan menyeimbangkan dan mengapungkan harga ayam dan telur lebih rendah daripada harga apungan sedia ada.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, trend semasa menunjukkan bekalan ayam dan telur telah mula stabil dan harga pasaran semasa kini berada di bawah harga siling kawalan.

Iklan
Iklan

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Dewan Rakyat, di sini pada Jumaat.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, pengumuman terkait dengan langkah konkrit lanjutan akan dibuat oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam tempoh masa dua minggu.

Iklan

"Ini akan diumumkan dalam sedikit masa oleh KPKM yang telah berunding dengan pengeluar dan memastikan tidak ada kenaikan muhasabah oleh syarikat dan peniaga,” ujarnya.

Iklan