Tambah baik perlindungan sosial, tatakelola GLC, pengurusan hutang

Iklan
Gambar hiasan - Foto 123RF

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan menambah baik kemampanan hasil, perlindungan sosial, tatakelola syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan pengurusan hutang negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sehubungan itu, beliau berkata, beberapa langkah akan dilaksanakan seperti menambah baik pengenaan duti setem serta menyelaras pertadbiran insentif cukai bagi mengurangkan ketirisan kutipan hasil.

Iklan
Iklan

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, selain itu kerajaan akan memperkukuh pertadbiran cukai termasuk mempermudah pulangan balik cukai serta memusatkan usaha kutipan cukai.

"Liputan sistem perlindungan sosial akan turut diperluas terutamanya melibatkan warga emas dan sektor tidak formal,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat hari ini.

Iklan

Anwar berkata, institusi kewangan pembangunan (DFI) juga akan distruktur semula melalui penggabungan Bank Pembangunan Malaysia Bhd, SME Bank dan Exim Bank.

Sementara itu, persekitaran modal teroka juga akan diperkukuh melalui pemusatan agensi modal teroka seperti Penjana Kapital dan MAVCAP di bawah Khazanah Nasional Bhd, katanya. - Bernama

Iklan