KUALA LUMPUR - Dana pinjaman berjumlah RM8 billion disediakan di bawah Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyokong syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, daripada jumlah tersebut, RM600 juta khusus untuk membantu perusahaan mikro dan usahawan berpendapatan rendah, kontraktor kecil, penerapan amalan kelestarian dan sektor berkaitan kerterjaminan makanan.