Maritim terima 9 kapal peronda generasi baharu, bot pemintas

Iklan
Aset yang diguna pakai oleh Maritim pada masa ini bagi membuat rondaan di perairan negara. (Gambar kecil: Saiful)

PUTRAJAYA - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima sembilan buah kapal peronda generasi baharu menerusi peruntukan Belanjawan 2024.

Pemangku Ketua Pengarah Maritim, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata, pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung penambahan aset tersebut merupakan satu perkhabaran baik bagi memantapkan lagi perkhidmatan Maritim Malaysia membuat rondaan di perairan negara.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, menerusi Belanjawan 2024, kerajaan juga bersetuju meluluskan penambahan bot pemintas kepada agensi tersebut.

"Maritim ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana telah mengumumkan penambahan sebanyak sembilan buah kapal ronda generasi baharu dan bot pemintas kepada agensi ini.

Iklan

Saiful berkata, pengumuman penambahan aset itu adalah hasil usaha berterusan Kementerian Dalam Negeri (KDN), khususnya Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang memberi justifikasi kukuh tentang keperluan mendesak bagi pihak Maritim Malaysia.

Kata beliau, Saifuddin telah bertindak mengemukakan cadangan kepada pihak kerajaan berhubung keperluan aset yang diperlukan, seterusnya direalisasikan menerusi perancangan perolehan yang diumumkan pada Belanjawan 2024.

Iklan
Keupayaan aset Maritim ketika ini masih tidak mencukupi untuk berdepan dengan tugas yang semakin mencabar.

Menurut beliau, penambahan aset yang diumumkan oleh Perdana Menteri adalah tepat pada masanya.

Jelas beliau, keupayaan aset Maritim yang ada ketika ini masih tidak mencukupi untuk berdepan dengan tugas semakin mencabar termasuk menjaga keselamatan di kawasan sempadan perairan negara.

Tambahnya lagi, aset sedia ada seperti bot dan kapal telah usang, seterusnya sukar untuk diselenggarakan dengan baik.

Menurutnya, situasi tersebut boleh mengakibatkan kerosakan lebih besar, selain bakal mengundang risiko terhadap keselamatan pegawai serta anggota bertugas.

"Diharap melalui peruntukan Belanjawan Madani yang bertemakan 'Reformasi Ekonomi, Memperkasa Rakyat', kerajaan dapat melengkapi keperluan agensi penguatkuasaan secara berfasa.

"Bukan sahaja dapat menambahkan kepercayaan masyarakat tentang keprihatinan Kerajaan Perpaduan dalam menjaga keselamatan dan kesejahteraan rakyat, malah ia seiring dengan nilai teras Malaysia Madani itu sendiri.

"Ia membuktikan kesungguhan kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri yang mahu melakukan perubahan ke arah kebaikan dan kesejahteraan sosial," ujarnya.