Dragonforce Malaysia lancar serangan siber ke atas Israel

Iklan
Dragonforce Malaysia melancarkan serangan siber terhadap Israel yang dinamakan Operasi Badai Al-Aqsa pada Jumaat. - Gambar hiasan

GEORGE TOWN - Kumpulan penggodam yang menggelar diri mereka sebagai Dragonforce Malaysia (DFM) melancarkan serangan siber yang dinamakan Operasi Badai Al-Aqsa pada Jumaat.

Melalui satu surat oleh pihak DFM, kumpulan itu melancarkan aktiviti godaman ke atas pangkalan data dan akaun media sosial Israel sebagai tindak balas terhadap tindakan rejim zionis menyerang rakyat Palestin di Gaza.

Iklan
Iklan

Solidariti bagi mengutuk tindakan rejim itu dizahirkan bagi menuntut Israel menghentikan segala tindakan ketenteraan ke atas rakyat Gaza.

Menurut surat bertarikh 13 Oktober itu, operasi mengejut itu dilaksanakan mengikut tertib tindakan hos (tuan tanah Palestin) yang menyeru kepada sekalian umat Islam dan panji-panji Islam untuk turut serta dalam seruan jihad kali ini seperti yang diumumkan melalui beberapa jurucakap pejuang Palestin pada minggu pertama Oktober 2023.

Iklan

"Penggantian label nama operasi kali ini adalah berdasarkan kesinambungan Ops Taufan Al Aqsa dan sekali gus berkuat kuasa membatalkan label nama Ops Petir merujuk kepada Surat Pekeliling bertarikh 11 April 2023.

"Khususnya rakyat Malaysia yang bersolidariti bersama perjuangan rakyat Palestin dalam mendapatkan hak kebebasan dan keamanan di tanah air tercinta mereka. Oleh itu, kerjasama dan keprihatinan tuan dan puan sekalian dalam tempoh mencabar ini untuk mendoakan Palestin dan bersama-sama berjuang dalam segala usaha serta keringat yang anda mampu," katanya.

Iklan

Menurut surat itu lagi, operasi berkenaan berkuat kuasa serta-merta iaitu pada tarikh ia dikeluarkan.

"Melalui beberapa pusat kuasa media, tumpuan serta lencongan maklumat dalam tempoh krisis adalah sangat kritikal. Kesahihan berita yang disampaikan juga menjadi titik tolak dalam komunikasi yang ampuh dan berkuasa memberikan perubahan kepada landskap media di internet.

"Menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, rakyat Malaysia digesa untuk mendoakan dan memberikan bantuan mengikut kemampuan.

"Justeru, dengan ilmu pengetahuan, pengalaman dan kemahiran yang ada, pihak pentadbir DFM melancarkan Ops Badai. Surat siaran ini berkuat kuasa mulai tarikh ia dikeluarkan sehingga operasi baharu dilancar," katanya.