Menteri Israel dihalau ketika lawat hospital

Iklan
Insiden memalukan Silman turut menjadi tular di media sosial. - Foto Agensi

TEL AVIV - Menteri kabinet Israel berdepan detik memalukan apabila beliau diusir ketika mengadakan lawatan ke sebuah hospital pada Rabu.

"Anda telah musnahkan negara ini. Berambus dari sini!” jerit seorang doktor kepada Menteri Alam Sekitar, Idit Silman ketika beliau mahu menziarahi mangsa cedera di Assaf Harofeh Hospital di Tsrifin.

Iklan
Iklan

Seorang lagi kakitangan di hospital berkenaan turut menzahirkan kemarahannya dengan menyatakan ‘bagaimana anda tidak ada rasa malu untuk melancarkan perang lagi?'

Sindiran dan kemarahan yang ditujukan secara terus kepada menteri itu menyebabkan beliau akur meninggalkan premis tersebut.

Iklan

Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Diplomasi Awam, Galit Distel meletak jawatan selepas tidak berpuas hati kerana dana kementerian di bawah kendaliannya disalurkan untuk operasi ketenteraan di Gaza.

"Kerajaan sepatutnya ketepikan ego dan utamakan penduduk Israel terlebih dahulu yang memerlukan setiap shekel yang tidak sepatutnya dibazirkan begitu sahaja,” katanya dalam nada kesal pada Khamis.

Iklan

Situasi yang semakin meruncing juga menyebabkan Knesset (Parlimen) meluluskan pembentukan ‘kerajaan kecemasan’ dengan 66-4 undi sokongan, sehari selepas Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu mengumumkan kerjasama era perang bersama pesaingnya, Benny Gantz.

Gantz bersama empat anggota Parti Biru dan Putih pimpinan beliau turut mengangkat sumpah jawatan menteri tanpa portfolio. - Agensi