BNM bangunkan NFP tangani jenayah scam negara

Iklan
BNM dengan kerjasama sektor kewangan sedang membangunkan NFP yang dijangka siap menjelang pertengahan tahun depan bagi memerangi jenayah scam di negara ini. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan Bank Negara Malaysia (BNM) dengan kerjasama sektor kewangan sedang membangunkan Portal Fraud Kebangsaan (NFP) yang dijangka siap menjelang pertengahan tahun depan bagi memerangi jenayah scam di negara ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, dengan fungsi kebolehan automasi penjejakan dana, portal tersebut diharap akan mempercepat tempoh pengesanan, pembekuan dan pemulangan dana.

Iklan
Iklan

"Isu scam banyak dibangkitkan oleh ahli yang berhormat. Sejak penubuhan, Penubuhan Pusat Respon Scam Kebangsaan (NSRC) telah mengendali lebih 49,000 panggilan dan berjaya membeku sehingga RM60 juta transaksi.

"Tahun hadapan, kerajaan akan menambah peruntukan NSRC kepada RM20 juta berbanding RM10 juta sekarang bagi meningkatkan lagi kefungsian NSRC membanteras jenayah scam,” katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Dewan Rakyat, di sini pada Jumaat.

Dalam pada itu, menurut beliau, agensi-agensi yang berkaitan juga sedang meneliti keperluan untuk meminda undang-undang berhubung jenayah berkenaan.

Iklan

"Ia termasuk Kanun Tatacara Jenayah bagi membolehkan tindakan yang lebih berkesan diambil terhadap sindiket dan pemegang keldai akaun, seterusnya mempercepat proses pemulangan wang kepada mangsa scam,” ulasnya.