Belanjawan 2024: Peranan KPT sebagai pemangkin Ekonomi Madani

Iklan
Peruntukan Belanjawan 2024 Malaysia Madani yang menyaksikan peningkatan sebanyak 6.8 peratus berbanding 2023 menggambarkan peranan penting Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sebagai pemangkin kerangka Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat melalui bidang pendidikan tinggi. - Gambar hiasan

SHAH ALAM - Peruntukan Belanjawan 2024 Malaysia Madani yang menyaksikan peningkatan sebanyak 6.8 peratus berbanding 2023 menggambarkan peranan penting Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sebagai pemangkin kerangka Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat melalui bidang pendidikan tinggi.

KPT dalam kenyataan berkata, Belanjawan 2024 yang bertemakan ‘Reformasi Ekonomi, Memperkasa Rakyat’ merupakan suatu penyataan iltizam kerajaan bagi memulihkan ekonomi demi kesejahteraan rakyat.

Iklan
Iklan

"KPT akan memanfaatkan peruntukan Belanjawan 2024 berjumlah RM16.3 bilion yang meliputi RM12.2 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan RM4.1 bilion bagi perbelanjaan pembangunan untuk meneruskan Agenda Ekonomi Madani KPT,” kata kenyataan tersebut pada Jumaat.

Menurut kenyataan itu, dalam memacu kecemerlangan pendidikan tinggi, KPT akan melaksanakan inisiatif-inisiatif Belanjawan 2024 seperti menyelenggara dan membaiki prasarana di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) serta menggantikan peralatan lama yang usang dengan peruntukan sebanyak RM300 juta.

Iklan

"Menyediakan pensijilan profesional yang diiktiraf industri kepada graduan Program Tahfiz Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Malaysia (TVET) dan sebagai insentif kepada industri untuk bekerjasama dengan institusi TVET awam dengan peruntukan RM100 juta.

"Meneruskan agenda pendigitalan pendidikan tinggi dengan peruntukan sebanyak RM250 juta untuk menggantikan dan meluaskan capaian Wi-Fi di semua universiti awam,” menurutnya.

Iklan

Ulas kenyataan berkenaan, inisiatif lain turut melibatkan pelaksanaan Projek Pembangunan baharu Hospital Pengajar Universiti (HPU), meneruskan agenda pendigitalan pendidikan tinggi, merakyatkan ilmu kepada komuniti rentan seperti Orang Kelainan Upaya (OKU), Orang Asli, ibu tunggal dan warga emas.

Selain itu, memperhebat pelaksanaan Program Pengupayaan Komuniti Madani dan Program Pemulihan Dalam Komuniti OKU, menubuhkan pusat pendidikan kecerdasan buatan (AI) pertama negara, memberikan diskaun bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN),

Tambah kenyataan tersebut, inisiatif seterusnya membabitkan memperkasakan penyelidikan dan inovasi pelbagai bidang mengehadkan yuran bagi tujuan pendaftaran masuk ke universiti awam agar tidak melebihi RM1,500 dan membantu mahasiswa serta bakal pelajar yang mempunyai masalah pembayaran yuran.

"Memberikan rawatan asas termasuk saringan awal kanser payudara melalui klinik bergerak Hospital Pengajar Universiti (HPU).

"Menawarkan kepakaran dan perkhidmatan HPU sebagai alternatif menangani isu kesesakan kemudahan kesihatan di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia.

"Menyokong pelaksanaan Inisiatif FLYsiswa oleh Kementerian Pengangkutan yang memanfaatkan hampir 60,000 orang pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan,” jelas kenyataan tersebut.