Malaysia puji peranan Mesir permudah penghantaran bantuan ke Gaza

Iklan
Orang ramai melaungkan slogan dan mengibarkan bendera kebangsaan Syria dan Palestin semasa perhimpunan sebagai solidariti dengan rakyat Palestin di Dataran Arnous di tengah Damsyik pada Selasa. - Foto AFP

PUTRAJAYA - Malaysia memuji peranan penting Mesir dalam usaha berterusannya untuk memudahkan penghantaran bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin di Gaza.

Kementerian Luar berkata, saluran penghantaran bantuan kemanusiaan tanpa halangan, terutamanya melalui sempadan Rafah-Gaza sangat penting untuk kelangsungan hidup rakyat Palestin yang kini menderita akibat sekatan keperluan asas oleh rejim Israel.

Iklan
Iklan

"Malaysia tegas menyokong seruan Mesir dalam menggesa Israel menghentikan serta-merta serangan ke atas Pintu Salah al Din Gate di bahagian Palestin di sempadan Rafah.

"Ini bagi memastikan penghantaran bekalan kemanusiaan dapat dilaksanakan segera kepada penduduk yang terjejas di Gaza,” menurut kementerian dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Malaysia bersedia untuk menyertai usaha antarabangsa dalam penghantaran bantuan kemanusiaan dengan sokongan penuh kerajaan Mesir melalui pusat pemeriksaan masuk Rafah-Gaza, tambah kenyataan itu. - Bernama

Iklan