'Fasa perang lebih dahsyat'
Iklan
Unit kereta kebal Merkava ditempatkan di Galilee di utara Israel bersempadan dengan Lubnan.
TEL AVIV - Rejim Zionis sedang bersiap siaga untuk melancarkan serangan darat ke atas pejuang Hamas di Genting Gaza ketika konflik terbaharu Palestin-Israel sudah berlarutan selama seminggu.
Pasukan Pertahanan Israel (IDF) dengan angkuh menyatakan objektif fasa baharu kempen pencerobohan itu juga adalah untuk ‘menyasarkan’ kepimpinan tertinggi Hamas termasuk pemimpin utamanya, Yahya Sinwar dan pegawai kanan kerajaan yang mentadbir wilayah berkenaan.