Polarisasi politik kontemporari
Iklan
POLARISASI politik bukanlah fenomena baharu di Malaysia. Mengambil kira kepelbagaian kaum dalam konteks latar belakang sejarah politik dan wilayah yang kompleks serta panjang, wacana polarisasi politik Malaysia kontemporari adalah isu rumit dalam spektrum pelbagai dan mencerminkan trend lebih meluas untuk memahaminya.
Wacana polarisasi sering dilihat dalam spektrum identiti menerusi kaum (race) dan agama (religion), di sebalik umum juga mengaitkan unsur istana (royal) serta wilayah (region) dalam konteks 4R.