Laluan arah timur KM124 LPT1 ditutup, laluan kontra diaktifkan

Iklan
Info grafik laluan terlibat yang dikeluarkan Anih Berhad pada Sabtu.

KUANTAN - Laluan arah Timur di Kilometer 124 Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) iaitu Lanchang ke Temerloh dekat sini, akan ditutup dan dilencongkan bermula Isnin depan (16 Oktober) hingga Mac 2024.

ANIH Berhad dalam satu kenyataan pada Sabtu memaklumkan penutupan jalan di laluan menghala ke Kuantan itu, bagi membolehkan kerja peningkatan aras laluan utama dijalankan, dalam pelaksanaan projek tebatan banjir di lokasi terlibat.

Iklan
Iklan

"Penutupan dan lencongan berserta aliran kontra ini akan dilaksanakan bermula pada 16 Oktober 2023 sehingga bulan Mac 2024," menurut kenyataan itu.

Justeru, ANIH Berhad menasihatkan pengguna merancang perjalanan mereka dan mematuhi papan arah yang disediakan di lokasi serta arahan petugas yang bertugas sebagai panduan bagi mengelakkan kekeliruan dan langkah keselamatan.

Iklan

Bagi mendapatkan informasi tepat dan terkini, para pengguna disarankan untuk mengikuti saluran ANIH TV serta saluran rasmi media sosial Anih Berhad di Facebook (@Lebuhraya Pantai Timur) dan Twitter, (@LPTTrafik) serta Lembaga Lebuhraya Malaysia di Twitter (@llmtrafik) dan Facebook (@Lembaga Lebuhraya Malaysia).

Untuk sebarang kecemasan, sila hubungi LPT - Line di 1-700-818-700 atau LLM di 1800-88- 7752.

Iklan