Rakyat tidak dilupa, semua dapat manfaat - Aminuddin

Iklan
Aminuddin (tengah) pada Sambutan Hari Sukan Negara peringkat Negeri Sembilan di Kompleks Belia dan Sukan Paroi di Seremban pada Sabtu.

SEREMBAN - [DIKEMAS KINI] Meskipun negara berdepan hutang mencecah RM1.5 trilion, namun menerusi pembentangan Belanjawan 2024 pada Jumaat jelas menunjukkan kerajaan berusaha memberikan yang terbaik kepada rakyat.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, secara keseluruhannya tiada satu kumpulan sasar yang tertinggal daripada mendapat manfaat.

Iklan
Iklan

Menurutnya, banyak manfaat diterima oleh rakyat terutama peningkatan kadar maksimum pemberian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dari RM3,100 kepada RM3,700 dan kadar minimum STR untuk golongan belia dari RM350 kepada RM500.

"Jadi ini menunjukkan dalam kita menghadapi isu atau kos sara hidup yang meningkat, kerajaan telah menunjukkan komitmennya membantu rakyat.

Iklan

Selain itu beliau turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana telah memberi perhatian terhadap beberapa permintaan yang disuarakan Negeri Sembilan.

Tambahnya, antara yang diterima ialah Klinik Kesihatan Rantau, membina dan menaik taraf jalan di Kuala Lukut ke Chuah, Port Dickson dan sekolah menengah kebangsaan agama di Jempol.

Iklan

"Ini antara permintaan yang kita senaraikan kepada Kerajaan Persekutuan dan kita berharap ia dapat dilaksanakan segera," katanya.

Dalam pada itu pada majlis berkenaan, beliau turut menyampaikan Anugerah Sukan Negeri Sembilan kepada 11 kategori dan penyampaian insentif kepada atlet paralimpik yang memenangi pingat emas di Sukan Para ASEAN Kemboja 2023 yang lalu.