DUBAI - Naib Presiden dan Perdana Menteri Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum telah mengarahkan pemberian bantuan kemanusiaan sebanyak AED50 juta (AS$13.6 juta) kepada rakyat Palestin.
Bantuan itu yang disalurkan melalui"Mohammed bin Rashid Al Maktoum Global Initiatives (MBRGI)" adalah sebahagian daripada dasar UAE untuk menyediakan bantuan dan pertolongan segera kepada penduduk yang memerlukan di seluruh dunia semasa krisis, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).