15 peratus bekas pesakit kanser diserang semula

Iklan
Dr Imi Sairi (tiga dari kiri) bertanya khabar kepada bekas pesakit kanser pada Seminar Bangkit Bersama di Kota Bharu pada Sabtu.

KOTA BHARU - Sebanyak 10 hingga 15 peratus bekas pesakit kanser payudara di Kelantan dikesan diserang semula penyakit berkenaan.

Pakar Perunding Bedah Kanser Payudara dan Endokrin Hospital Raja Perempuan Zainab II, Datuk Dr Imi Sairi Ab Hadi berkata, antara punca utama serangan itu ialah gaya hidup dan pemakanan.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, walaupun pihaknya berusaha memastikan setiap bekas pesakit bebas kanser namun dalam setiap 100 orang terdapat 10 yang diserang semula.

"Kebanyakan mereka tidak datang ke hospital untuk pemantauan susulan dan kembali semula dalam keadaan kanser tahap tiga atau empat," katanya kepada pemberita selepas Seminar Bangkit Bersama di sini pada Sabtu.

Iklan

"Lebih mengecewakan ada ahli keluarga yang menggalakkan rawatan tradisional walaupun kita banyak berusaha di peringkat awal," katanya.

Sementara itu, beliau turut memaklumkan, antara 45 hingga 50 peratus serangan semula kanser melibatkan bekas pesakit berusia antara 30 hingga 40 tahun.

Iklan

"Dalam usia ini, sel kanser sangat aktif dan mudah merebak disebabkan faktor usia masih muda," katanya.