KXP: Kedah akan terus ‘melobi’, hanya perlu kelulusan MOT - Sanusi
Iklan
Ilustrasi KXP yang merupakan sebahagian daripada Aerotropolis Kedah. Gambar kecil: Sanusi
ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sentiasa mengharapkan agar projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) akan menjadi kenyataan biarpun ia tidak disenaraikan dalam pembentangan Belanjawan 2024.
Beliau sebaliknya optimis untuk terus berusaha melobi projek mega itu agar dapat direalisasikan dalam tahun-tahun berikutnya bagi merancakkan ekonomi negeri.
Iklan
Iklan
Menurutnya, biarpun agak terkilan kerana projek berimpak tinggi yang dirancang itu tidak diberikan keutamaan, namun kerajaan negeri akan terus mengadakan rundingan kerana hanya memerlukan kelulusan daripada Kementerian Pengangkutan (MOT).
"Saya harap tahun depan sebutlah (dalam belanjawan) kalau bukan dalam tahun ini, kalau tak ada dalam belanjawan pun, boleh disebut dalam program lain.
Iklan
Saya sentiasa berharap KXP akan jadi realiti sebab hanya tunggu kelulusan saja,” katanya dalam sidang akhbar selepas hadir program ramah mesra bersama peserta Wingers Camaraderie Ride (WCR) 2023 di Dataran Medan Bandar pada Sabtu.
Sanusi memaklumkan, usaha untuk mengadakan rundingan bersama MOT tidak akan terhenti dan telah mengarahkan pihak-pihak berkaitan untuk meneruskan perbincangan.
Iklan
"Ada banyak pihak di Kedah untuk uruskan, bukan Sanusi buat semua, tak boleh sebab kalau Sanusi semua nanti ‘panas’. Saya hantar orang pergi jumpa, susun atur sana sini, saya tengok daripada jauh. Tak kena saya jerkah,” ujarnya.
Menurutnya, kerajaan negeri hanya memerlukan kelulusan, bukannya pembiayaan kerana projek berkenaan akan dibangunkan secara Private Fund Initiative (PFI).
"Projek KXP adalah keperluan masa hadapan negara dan akan menjadi ‘economic game changer’ yang terpenting. Kita harap Perdana Menteri dan Menteri Pengangkutan akan pertimbangkan semula cadangan ini,” jelasnya.
Pada Julai, Sanusi membidas keengganan Datuk Seri Anwar Ibrahim mendengar penjelasan mengenai KXP, namun membuat kenyataan seolah-olah mengetahui semua berkaitan projek itu.
Beliau juga percaya Perdana Menteri kemungkinan hanya mendengar penerangan mengenai KXP daripada pihak tertentu yang sememangnya diketahui umum menentang projek tersebut.
Ini kerana, katanya, pembangunan projek itu diusahakan sejak sembilan tahun lalu dan semua isu yang menjadi alasan untuk mengelak kelulusan KXP sudah pun ditangani.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam