Golongan muda digesa rebut peluang ikuti latihan PEDi - Dr Wan Azizah

Iklan
Dr Wan Azizah - Foto: Bernama

KUALA LUMPUR - Golongan muda terutama di kawasan Bandar Tun Razak digesa supaya merebut peluang mengikuti latihan dan program yang ditawarkan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) setempat.

Isteri Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, latihan ditawarkan PEDi membolehkan mereka mendalami bidang ekonomi digital serta menggunakannya sebagai platform untuk memajukan diri dan sosioekonomi setempat.

Iklan
Iklan

Beliau berkata demikian semasa berucap pada program Hari Bersama Komuniti dan pelancaran PEDi Bandar Tun Razak di Perumahan Awam Seri Sabah 3A, Taman Permata dekat sini pada Sabtu.

Dr Wan Azizah berkata, inisiatif PEDi adalah bukti komitmen dan cerminan keseriusan kerajaan untuk memupuk gaya hidup digital dalam kalangan masyarakat seiring dengan aspirasi kerajaan untuk memastikan taraf hidup rakyat dapat terus dipertingkat dan seterusnya mengukuhkan kedudukan ekonomi digital negara.

Iklan

Beliau berharap kewujudan PEDi menjadi pemangkin kepada kepesatan transformasi pendigitalan dan menjadikan penggunaan teknologi digital sebagai satu budaya dalam kalangan komuniti di seluruh negara dan di Parlimen Bandar Tun Razak sendiri.

"Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersama rakan strategik terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta atas sinergi dan kerjasama padu dalam menjayakan penganjuran Hari Bersama Komuniti PEDi Bandar Tun Razak,” katanya.

Iklan

Ketika ini terdapat 911 PEDi di seluruh negara yang menyediakan peluang untuk golongan sasar meningkatkan taraf sosioekonomi dan memperkasakan komuniti ke arah pendigitalan yang inovatif dan berdaya saing.

Sebanyak 21 PEDi telah diwujudkan di ibu negara sehingga kini dan Perumahan Awam Seri Sabah 3A merupakan satu-satunya PEDi di Bandar Tun Razak.

Sejak penubuhannya pada 2017 hingga 30 Sept lepas, lebih daripada 7,123 penyertaan latihan telah direkodkan. - Bernama

: