'All About Wellness' realisasi hasrat kerajaan lahir rakyat sihat

Iklan
Ganabatirau (dua kanan) dibawa melawat ke ruang pameran karnival kesihatan 'All About Wellness' anjuran Hospital Pantai Klang.

KLANG - Sambutan karnival kesihatan 'All About Wellness' dianjurkan Pantai Hospital Klang dilihat sebagai pendekatan mampu merealisasikan hasrat kerajaan melahirkan rakyat Malaysia yang sihat khususnya di Klang.

Ahli Parlimen Klang, V Ganabatirau berkata, penganjuran karnival tersebut juga dapat meningkatkan literasi kesihatan penduduk di kawasan Parlimen berkenaan.

Iklan
Iklan

Ujarnya, ia turut mengukuhkan solidariti promosi kesihatan melalui kolaboratif antara pihak hospital, rakan kerjasama dan komuniti melalui pelbagai aktiviti berkaitan kesihatan untuk komuniti terlibat dan belajar daripadanya.

"Perkhidmatan Pantai Hospital Klang dan komitmen melangkaui sekadar rawatan penyakit, tetapi ia terus memupuk kesejahteraan, mendidik, memberi inspirasi dan memperkasakan kita untuk menjalani kehidupan lebih sihat dan bahagia melalui aktiviti penglibatan seperti ini," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian selepas merasmikan karnival kesihatan 'All About Wellness' yang dihadiri lebih 500 pengunjung di AEON Mall Bukit Tinggi di sini pada Sabtu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Pantai Hospital Klang, Rachel Yew melahirkan rasa terima kasih atas penyertaan dan semangat masyarakat serta pasukannya yang berdedikasi di sebalik kejayaan acara itu.

Iklan

"Karnival 'All About Wellness' ini adalah sebagai bukti komitmen Pantai Hospital Klang untuk terus melibatkan diri dengan pesakit kami, penjaga mereka dan juga komuniti.

"Sungguh menggembirakan melihat begitu ramai orang dari semua lapisan masyarakat terlibat secara aktif dalam mengutamakan kesihatan mereka dan mengambil langkah proaktif ke arah masa depan lebih sihat," kata Rachel.

Rachel (kanan) menyampaikan cenderahati kepada Ganabatirau selepas majlis perasmian.

Sepanjang acara berlangsung, orang ramai tidak melepaskan peluang mengambil bahagian dalam beberapa saringan kesihatan termasuk pemeriksaan tekanan darah, glukosa dan penilaian paras kolesterol.

Pengunjung turut berpeluang mendapatkan info kesihatan menerusi sesi ceramah pakar kesihatan merangkumi topik seperti mitos dan fakta katarak, penyakit mata diabetik, osteoarthritis pada pinggul dan lutut serta cadangan pemakanan.

Aktiviti lain termasuklah permainan pendidikan kesihatan kepada kanak-kanak untuk golongan muda serta latihan selang intensiti tinggi (HITT) yang dianjurkan oleh Fitness First pada hari kedua karnival.

Pantai Hospital Klang akan terus mengekalkan komited untuk menyokong komuniti ke arah kehidupan lebih sihat dan bahagia menerusi program tanggungjawab sosial korporat hospital berkenaan.