Pengunjung tidak melepaskan peluang untuk melihat kemeriahan suasana Banda Hilir dengan menggunakan perkhidmatan beca ketika tinjauan Foto Bernama di sini hari ini.
Tahun Melawat Malaysia ditetapkan semula pada 2026 dengan sasaran ketibaan 26.1 juta pelancong asing dan anggaran perbelanjaan domestik sebanyak RM 97.6 bilion.
Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kerajaan menyediakan peruntukan RM350 juta bagi merancakkan promosi dan aktiviti pelancongan supaya Malaysia kembali sebagai destinasi pelancongan pilihan utama dunia.