KUALA LUMPUR - Kenaikan siling gaji dinsuranskan dari RM5,000 ke paras baharu iaitu RM6,000 akan berkuat kuasa selepas pindaan terhadap Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) serta Akta Sistem Insurans Pekerjaaan 2017 (Akta 800). Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar berkata, dalam kenyataan kenaikan itu bakal memberi manfaat kepada pekerja dan tanggungan mereka jika berlaku bencana kerja, keilatan, kematian atau kehilangan pekerjaan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia MADANI di Dewan Rakyat semalam berkata, peningkatan itu akan meningkatkan faedah tunai pada kadar 20.2 peratus untuk manfaat 1.45 juta pekerja dan tanggungan mereka. Sivakumar berkata, kerajaan memperuntukkan lebih RM200 juta kepada Kementerian Sumber Manusia (KSM) menerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dalam Belanjawan 2024 bagi memperkasa jaringan perlindungan sosial dan memacu pasaran buruh, selari dengan usaha kerajaan Persekutuan ke arah agenda reformasi struktur.