Dua gajah mati kena renjatan pagar elektrik di dusun durian

Iklan
Dua ekor gajah ditemui mati berhampiran Taman Negara Tai Rom Yen di wilayah Surat Thani, Thailand. - Agensi

BANGKOK - Dua ekor gajah liar yang berumur antara 20 dan 35 tahun ditemui mati akibat terkena renjatan pagar elektrik diletakkan pemilik dusun durian berhampiran Taman Negara Tai Rom Yen di wilayah Surat Thani, Thailand, lapor portal Thaiger. Difahamkan kejadian itu berlaku pada 12 Oktober lalu apabila haiwan itu ditemui tidak bernyawa pada jam 11 pagi (waktu tempatan).

Pasukan doktor tempatan yang ke lokasi selepas menerima panggilan telefon telah menemui sepasang gajah jantan dan betina yang terbaring berhampiran jalan. Gajah tersebut dianggarkan masing-masing seberat 3.5 tan dan 2.5 tan.

Iklan
Iklan

Penemuan itu turut membawa kepada penahanan seorang lelaki berusia 43 tahun yang dikenali sebagai Jaroon yang tinggal di sebuah rumah dan tidak jauh dari lokasi kejadian. Menurut Jaroon juga pemilik kebun durian menyatakan bahawa dia membina pagar elektrik untuk melindungi kebunnya dari haiwan liar.

Katanya, pada sekitar jam 6 petang 11 Oktober, dia mengaktifkan pagar elektrik dan selepas beberapa jam malam itu kedengaran laungan gajah di kawasan berhampiran.

Namun, pada 6 pagi hari berikutnya, dia pergi melihat kawasan tersebut dan mendapati dua ekor gajah sedang terbaring tidak bernyawa. - Agensi

Iklan
Iklan